Monday, 7 March 2011

Kerja dan temuduga


Erm.. bila difikirkan tntang temuduga n kerja.. mesti kita terfikir, student2 yg nak graduate.. yang sibuk mncari kerja yg sesuai.. hehe.. termasuklah aku.. (xhbis buat thesis lagi, dh sibuk nak cr kerja, hehe bukan ape, rncng dari awl) Rasa macam susah lak nak cari kerja ni.. apa yg sesuai n serasi ngan jiwa kita... takut juga, klau2 tersalah pilih bidang kerja nnti.. x ke susah.. coz bila dh tersalah pilih n x minat, bila mngadap bnda tu hari2 mstilah lama2 akan terasa bosannya... dan pastinya akan timbul mcm2 masalah lain.. sebabnye, study n kerja adalah sesuatu yg berlainan dan tekanannye pun mngkin lg hebat.. So, kenalah pilih yg betul2 minat n serasi ngan jiwa kita... 



Satu lagi perkara yg penting dalam proses nak mncari kerja ni, mstilah kena sediakan resume dulu.. tau ke resume tu ape?? msti dh tau kan.. huhu, klau xde resume ni, x tau la employer tu tentang ape jenis kelayakan kita n butir2 diri kita.. so, buat yg terbaik.. coz resume yg terbaik mncerminkan diri kita.. kat sini ada contoh resume yg sy nak kongsi ngan kawan2.. klik la link dibawah ni.. harap boleh dijadikan rujukan..



Then.. selain resume.. mestilah temuduga kan.. ini pun satu hal.. klau xde experience sebelum ni.. msti perasaan gementar n takut tu ada.. dalam otak tu, msti terfikir2 je.. ape la orang tu nak tnya, ape la dia nak soal, ok ke aku hari, dah cukup ke nak g temuduga ni.. mcm2 la yg bermain dlm otak ni.... gementar jgn ckp la.. itu dah semestinye.. tp sesi temuduga ni la yg selalunya akan menentukan peluang kita utk dapatkan sesuatu pekerjaan tu.. so, buat yg terbaik... hilangkan rasa gementar n baca la beberapa ayat Al-quran n yg penting sekali, yakin dgn diri kita sendiri, InsyaAllah pasti boleh.. ( dalam hati, takut juga aku nak alami semua tu, coz xde pengalaman)... kat bawah ni.. ada tips utk temuduga yg sy amik dr internet.. harap bermanfaat.. Lets read.. :-)



Tips Temuduga

Setiap hari ada saja kerja kosong yang diiklankan. Setiap hari beribu calon menghadiri temuduga. Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa ye?
Ha... sebab tidak cukup kalau resume anda saja yang tip top, anda juga perlu membuat persediaan untuk temuduga. Cuba lihat petikan yang diambil dari zaharuddin.net
.
Saya bimbang dengan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya
.
Saya cukup setuju dengan kenyataan di atas. Saya pun banyak pengalaman menemuduga calon sebegini.
Pada pendapat saya, salah satu sebabnya adalah pendidikan di Malaysia yang lebih kepadaexam - oriented. Menjurus kepada penghafalan semata-mata. Jadi bila tiba masa untuk mempraktikkannya di dunia nyata seperti temuduga, tidak ramai yang dapat mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa.
Mungkin terdetik dalam hati anda sekarang, "Jadi apa yang boleh saya dari sekarang buat untuk memastikan saya betul - betul bersedia untuk temuduga?"

tips temuduga 1


Tips temuduga yang berikut boleh membantu. 
Perkara yang perlu anda tahu:
  • Hampir semua temuduga untuk sektor swasta di Malaysia dijalankan dalam Bahasa Inggeris, bukan Bahasa Melayu. Anda tak perlu menggunakan slang mat saleh semata - mata hendak menarik perhatian. Kekalkan gaya percakapan yang biasa. You do not have to speak the Queen's English to get a job.
     
  • Gunakan bahasa yang sama dengan penemuduga. Kalau penemuduga berbahasa Melayu, jangan nak tunjuk pandai dengan menjawab dalam Bahasa Inggeris, dan sebaliknya. Begitu juga dengan dengan penggunaan bahasa yang konsisten. Jangan kejap Bahasa Melayu kejap Bahasa Inggeris. Kalah rojak Singapore (macam website ni. keh.. keh.. keh).
     
  • Samada untuk penulisan resume atau semasa temuduga, pastikan bahawa Bahasa Inggeris yang anda gunakan adalah ditahap yang boleh diterima (acceptable level). Sekiranya Bahasa Inggeris anda tidak berapa lancar, berlatih dari sekarang. Anda boleh :

    1. Menonton filem Inggeris (dengan nawaitu nak belajar bahasa Inggeris la)

    2. Membaca secara lantang artikel dalam Bahasa Inggeris setiap hari untuk membantu kelancaran sebutan. Pilihlah artikel yang menarik minat anda seperti gosip, sukan, hiburan dan sebagainya supaya anda lebih menumpukan perhatian. Janganlah baca majalah Playboy plak. Menambah dosa je.
    3. Berlatih bertutur dalam Bahasa Inggeris setiap kali ada kesempatan. Jangan hiraukan kalau rakan - rakan mengejek. Jangan hiraukan jika orang kata anda nak menunjuk - nunjuk. Bukan mereka yang menjaga periuk nasi anda.
     
  • Temuduga adalah masa untuk menampilkan diri anda dan mencungkil dengan lebih lanjut tentang syarikat dan kerja yang anda pohon. Ini juga adalah masa untuk majikan untuk menilai anda dan kesuaian anda untuk jawatan tersebut. Be yourself. Tak payah berlagak macho (lelaki) atau beraksi manja (perempuan). Atau sebaliknya. kuang kuang kuang…
     
  • Bayangkan diri anda sebagai seorang tetamu. Tunggu sehingga penemuduga menghulurkan tangan untuk berjabat. Tunggu sehingga anda disuruh duduk.
     
  • Dengar dengan teliti kepada penemuduga. Mudah untuk anda menjawab soalannya kelak. Jangan pulak biarkan fikiran anda menerawang jauh sampai ke Akademi Fantasia.
     
  • Jangan cakap berterabur. Susun ayat anda. Sebut dengan jelas. Penemuduga hendak melihat kebolehan anda untuk mempersembahkan diri serta idea anda dengan baik. Kajian menunjukkan bahawa pembaca Al-Qur'an mempunyai sebutan yang jelas dan intonasi yang baik. Tu la... Al-Qur'an malas nak sentuh. Berabuk kat dalam lemari.
     
  • Semasa persediaan untuk temuduga, pastikan anda ada membuat homework tentang jenis soalan temuduga yang mungkin dikemukakan. Ala... macam buat homework masa nak nikah dulu. Beriya - iya hafal rukun islam, rukun nikah, mandi wajib…
     
  • Cara anda menjawab soalan akan menunjukkan kebolehan anda untuk berkomunikasi dengan baik. Hadkan kepada menjawab soalan yang ditanya sahaja, supaya anda tidakoff-topic.
     
  • Bersedia untuk menerangkan bagaimana anda menangani sesuatu situasi atau masalah yang mungkin anda hadapi semasa bertugas.
     
  • Jangan bertanya pasal gaji (basic salary) sehingga penemuduga berbuat demikian.
     
  • Jangan mengulangi soalan yang telah pun terjawab semasa temuduga.


Mari kita saling berkongsi untuk kejayaan bersama!

Sunday, 6 March 2011

Wahai.. Calon Imamku...

Wahai kaum ADAM,

usah mengharapkan ketaatan,

binalah kepimpinan..usah mengharapkan wanita semulia Saidatina Fatimah Az-zahrah,,
andai peribadimu tidak sehebat saidina Ali Karamullah Wajhah..

Wahai kaum HAWA,akal setipis rambutmu,

kukuhkanlah dgn ilmu..Perasaan serapuh kaca,perkuatkanlah dgn iman..
Hati selembut sutera,hiasilah dgn peribadi..Romantis namun tidak kalis
Untukmu calon 'Imam'ku
yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini,
dirimu masih rahsia Penciptamu..rahasia yang telah ditentukan untukku,
yang perlu ku singkap dengan segunung taubat dan sepenuh kesungguhan sujudku,
cuma jambatan istikharah jua yang bisa merungkai rahasiaku ini....

Ketahuilah wahai mujahidku,Ketahuilah bahawa namamu tidak menjadi idamanku,
apa lagi untuk menatap wajahmu,Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah,
justeru diri ini amat bersyukur,kerana masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan sedar antara kita,
ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu,sungguh kita menempuh siksaan Allah.

Ya Allah .. lindungi kami...

Biar bertahun lama yang ku tunggu bukan dirimu,
tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah,
Apalah artinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya
bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segalanya...

Tiada yang lebih bahagia suamiku,
melainkan didikanmu yang akan membuatkan diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini,
berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku,
agar syahidmu ku damba,berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya
dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahidah
yang akan menyambung perjuangan Islam para Nabi terdahulu.

Berikanku sepenuhnya sebahagian hati
yang kau sediakan untuk diriku agar sebahagian hati mu itu akan
menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad,
Mungkin kau hairan suamiku,
mengapa diri ini hanya mahukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya.
Suamiku,

hatimu itu milik robbul jaleel,dan ku pohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku,
Dari awal lagi sudah ku didik hati ini,

bahwa dirimu suami ku bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku..
kalian milik Allah,dan diriku hanya medan yang diciptakanNya
untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini,

Wahai suamiku,diri ini sekarang,hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa
agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid.
Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati,

kerana yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad
yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...
Wahai suamiku,
walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati
mencintai SYAHID demi redha-NYA,sebagai hamba yang
menikmati kurniaan yang tidak terkira dari rafiul a'la,
bersamalah kita bersyukur,bersyukur dengan mencintai DIA,
lebih dari segala isi dunia dan dunia fana...

kerana hilang arti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas,
andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah
kerana gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya...
biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu
dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud dan istikharah...
InsyaAllah inilah pencarian kita...


~~ If you want to build a family, a faithful one,
you can never build it on what Allah has stated
as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us.
A happy and blessed family come from Allah,
and you don't even have anything to defend it as blessed
if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.

You can't have a happy family
if Allah doesn't help you so,
and you must know in every family that stands until their dying day,
they have Allah on their side.
You can't expect Him to help you
if you did the wrong step from the very beginning.~~