Dugaan.. satu perkataan yg tepat bagi sebuah kehilangan...
Redha dan menerima.. perkara yg mesti ada dlm hati kita.. mungkin pada awalnya, kita sedih dan x dpt menerima.. namun.. redha dengan ketentuaanNya adalah perkara yg paling baik... Dia lebih tau apa yg terbaik..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan..
3 jenis kehilangan dalam hidupku yang berlaku dlm tahun 2011 ni...
Kehilangan pertama tahun ni.... erm.. kehilangan seseorg yg aku cinta.. (walupun dh lama putus, tp aku masih syg dia, dan still berhubung).. tp, ini tahun ni, aku betul2 kehilangan dia... coz, dia dh bertemu bhgianya.. terasa sgt hati ni.. tp mngkin ini takdir... xsiapa duga, siapa jodoh kita.. terima dgn sabar.. Alhamdulillah, walaupun aku bercinta sebelum ni.. aku x pernah buat perkara2 yg dilarangNya.. walaupun berpegang tangan.. niat hati sape yg x mahu ke jinjang pelamin.. tambahan lagi, dgn org yg kita cinta.. namun siapa x kan sangka.. apa yg telah tersurat.. hidup mesti diteruskan.. walaupun sedih pada mulanya, tapi.. x guna meratap cinta, pada bukan yg hak.. Cintailah pada Allah, itu lebih abadi.. aku xkan sesekali memarahi, mndendami, malah aku memaafkan.. bagiku, mncintai, menyayangi, x semestinya memiliki... biarkan dia bertemu kebhgiaannya.. xkan sesekali aku mengganggu.. mungkin ini dugaan buatku, dugaan yg menyedarkan aku, tntang bnyk perkara... Aku percaya, kebahgiaan aku pasti akn tiba.. aku akan menunggu dan terus menunggu,.. Hawamu ini akan terus menunggumu wahai Adamku... Adam yg telah ditentukan utkku.. bersabarlah.. aku hnya ingin mencintaimu, dgn cara yg halal...
Kehilangan kedua... huhuhu... dugaan2.. kehilangan ni.. lebih berbentuk harta bnda... bayangkan.. waktu time nak guna tu la.. boleh pulak laptop yg aku syg bagaikan nyawa aku ni, buat hal.. kena format n then.. external hardisk aku lak buat hal... habis hilang semua data2 yg aku simpan... aduhh.. duhh.. duhh.. tiba2 rasa mcm nak nyanyi lak... hehe.. apa boleh buat, pekara nak jadi.. terima jer ngan redha.. mgkin ada hikmahnya.. yg penting.. kerja msti diteruskan... dgn lebih
RAJIN lg... itulah pengajarannya.. jgn buat kerja last minute yer.. dan berjaga2.. simpan setiap data yg nak digunakan tu sebaik mgkin.. huhu
Kehilangan ketiga... berbentuk kematian... Memang menyedihkan... taggal 14 april 2011, Qistina Reny binti Jelani, telah kmbali ke Rahmatullah kerana asma.. Qis merupakan seorang kawan yg baik.. aku mngenalinya di uitm Arau.. dia seorang yang beragama kristian pada mulanya.. Namun, atas hidayah yg Allah berikan dia menganut Agama Islam... aku dan kawan2 mnjadi saksi, dia mengucapkan kalimah syahadah.. Alhamdulillah, bertambahnya saudara seislam kita di dunia ni.. Tapi, kedua org tuanya, xdapat menerima dan menentang keras akan hal ini.. datang dari sarawak ke arau, semata-mata mengambilnya kembali untuk dikristiankan.. di depan aku dan kawan2, dia diheret.. namun, Alhamdulillah.. Syukur, Qis masih mmpertahankan pendiriannya.. untuk mngabdikan diri kepada Agama Allah ini iaitu
ISLAM.. namun Allah lebih sygkannya... berbagai-bagai dugaan yg diterima... Tanggal 14 april 2011, jam 12.50 pg.. Allah mngambilnya kembali... walaupun aku x berapa rapat dgnnya.. tp kehilangannya amat dirasai.. Dia seorg kawan yg baik bgku... sentiasa mngambil berat tntang kawannya yg lain.. seorang yg hepy go lucky.. dan sentiasa tersenyum... Semoga kehilangannya ini, mmberikan 1001 jenis pengajaran buat kita semua yg masih hidup... Tiada kata yg dapat diungkap.. percaya atau tidak itulah knyataannya.. hanya iringan doa agar rohnya ditempatkan dalam golongan mukmin yang disayangi Allah.. Semoga arwah bahagia di sana di sampingNya.. Al- Fatihah. Jom ikuti kisahnya serba sedikit...
Tanggal 19 Oktober 1985, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel dan di beri nama Reny Jelani. Tanah tumpah darahnya di Tudan, Miri Sarawak. Dilahirkan sebagai anak bongsu dari dua orang adik-beradik yang disayangi oleh
kedua orang tuanya . Re n y dibesarkan oleh sebuah keluarga yang menganut Kristian yang berpegang teguh kepada agamanya.
Dari kecil sehingga umurnya mencecah 18 tahun, Reny telah diajar mendalami pegangan Kristian dan boleh di katakan hampir setiap hari dia dan keluarganya menjadi tetamu tetap gereja. Sehabis Pengajian STPM di Sekolah Menengah Miri, Reny mendapat tawaran belajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) di Arau Perlis dalam bidang Diploma Sains Geomatik selama 3 tahun.
Keluarganya gembira bahawa anak gadis mereka berjaya belajar di IPTA. Walaubagaimanapun, keluarga gadis tersebut menghalang niat murni gadis ini untuk belajar atas faktor jarak jauh. Akhirnya Reny berjaya memujuk keluarganya untuk belajar.
Setelah sampai di Semenanjung, corak kehidupannya berubah setelah bergaul dengan kawan-kawan Melayu. Di sini Reny diajar bagaimana kehidupan orang-orang melayu seperti cara berpakaian, makanan, pertuturan dan perlakuan. Setelah dua tahun menuntut di UITM, terdetik dihati Reny untuk memyelami erti Islam.
Reny ini mula bertanya kepada rakanrakannya apakah kelebihan dan keistimewaan Islam. Reny merasakan keunikan Islam apabila melihat rakanrakan Islam pergi ke masjid untuk menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan meninggalkan perkara yang dilarang dan melakukan perkara yang diperintahkan Allah. Reny merasakan kekosongan dalam jiwanya selama dia memeluk agama Kristian. Reny mempersoalkan mengapa orang Islam wajib sujud kepada Allah.
Setelah rakan-rakan memperjelaskan erti dan interpretasi Islam yang sebenar, Reny mendapat sokongan yang padu daripada rakanrakan Islam, contohnya dengan memberikan buku-buku tentang Islam, akidah Islam dan lain-lain.
Hampir setengah tahun mendalami Islam, terdetik dihatinya untuk memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya. Tanggal 22 Mac 2007 telah tertulis dalam diari hidupnya apabila dia telah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Perlis. Nama Nurqistina Reny Binti Jelani dipilih sebagai nama Islam. Kehidupannya secara automatik berubah apabila memeluk Islam. Jiwanya yang kosong telah diisi dengan amal ibadat kepada Allah. Setelah beberapa bulan memeluk Islam, keluarganya telah menghidu perubahan yang terdapat pada dirinya. Salah seorang rakannya telah membongkarkan rahsia kepada keluarga Qistina bahawa dirinya telah memeluk Islam. Bapa dan abangnya datang ke tempat pengajiannya semata-mata ingin membawa pulang Qistina dan menyuruhnya menukar agama kepada agama asal. Qistina berkeras untuk tidak mengikut kemahuan ayah dan abangnya, sehinggalah dia ditarik dan diseret oleh abangnya di khalayak umum.
Namun, hal ini tidak mematahkan semangat Qistina untuk mendalami Islam. Walaupun agama keluarganya berbeza dengan agama yang dianutinya iaitu Islam, kasih sayang terhadap keluarganya tetap utuh, itulah kata-kata yang dicurahkan kepada keluarganya. Qist ina mengakui mendapat ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dalam Islam setelah setahun lebih memeluk Islam.
sumber dari: PROFIL SAUDARA BARU, Buletin PERKIM, Edisi 3/2008
Kesedihan x terucap dgn kata-kata.... Namun kematian itu pasti.... bagi setiap hambaNya di dunia... Datangnya tanpa diduga.. tua atau muda.. jika sudah tersurat, masanya pasti akan tiba... bersama2 kita renungkan.. hakikat kehidupan kita di dunia... yang baik atau yang buruk... bersama2 kita mncari untuk mnjadi bekalan di akhirat sana... Wallahuallam..
*Setiap apa yg berlaku.. sama-samalah kita renungkan.. untuk mndapatkan yang terbaik di dunia dan di akhirat..